Tata Young
Tata Young

Tata Young

Amita Marie "Tata" Young (Bahasa Thai: อมิตา มารี ยัง; lahir 14 Disember 1980) ialah seorang penyanyi, pelakon, model, penari dan usahawan Thailand-Amerika yang merah kejayaan di Thailand apabila beliau menyertai pertandingan nyanyian pada usia 11 tahun,[1] seterusnya merakamkan album pertamanya betajuk Amita Tata Young pada 1996.[1]Dalam tempoh lima bulan, album ini telah mencapai sejuta unit. Sejak itu, Young telah menerbitkan lapan album studio, tiga dalam bahasa Inggeris dan lima dalam bahasa Thai. Albumnya yang paling terkini ialah Ready for Love, dikeluarkan pada 2009.Young telah berlakon dalam tiga filem, The Red Bike Story (Jakkayan See Daeng), O-Negative dan Plai Tien sebuah drama TV Wick of the Candle. Beliau menyanyikan "Reach for the Stars" di majlis pembukaan Bangkok untuk Sukan Asia ke-13 pada 1998 dan menyanyikan lagu "Dhoom Dhoom", versi bahasa Inggeris untuk judul lagu filem Bollywood 2004 Dhoom.Sepanjang 2000-an, Young meraih kejayaan arus perdana meluas di Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan, memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa dan sering dipuji sebagai "Ratu Pop Asia" dan "Britney Spears Asia".[2][3]

Rujukan

WikiPedia: Tata Young http://www.imdb.com/name/nm1721755/ http://www.mademan.com/mm/10-best-thai-female-sing... http://www.siamzone.com/music/thailyric/index.php?... http://siouxcityjournal.com/entertainment/tata-you... http://www.tatayoungfanclub.com/ https://www.pressreader.com/philippines/manila-tim... https://twitter.com/love4tatayoung1 https://id.loc.gov/authorities/names/no2006131020 https://web.archive.org/web/20120506064710/http://... https://web.archive.org/web/20160402053558/http://...